BULAN ISLAM

MUHARRAM

  • Muharram ertinya yang 'diharamkan atau ditegahkan' kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sehinggalah datangnya permulaan Islam yang telah memansuhkannya, al Baqarah:91
  • Awal Muharram penetapan tahun hijrah bagi umat Islam bermula pada masa khalifah Umar al Khattab r.a. berkuasa iaitu pada tahun 13-23H bersamaan 634-644M. Beliaulah orang yang pertama mengambil daya usaha untuk menetapkan perhitungan tahun hijrah ini. Beliau merupakan pentadbir terulung.
  • Tanggal 10 Muharram cucuanda Rasuluallah s.a.w. Husain dibunuh di Karbala pada tahun 61 H.
  • Tanggal 10 Muharram dinamakan juga dengan hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar keagamaan.
  • Tanggal 10hb ini juga telah berlaku banyak peristiwa seperti:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat Allah s.w.t ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah s.w.t keluar dari bahteranya setelah bumi tenggelam selama 6 bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah s.w.t dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah s.w.t.
  • Nabi Ayub disembuhkan dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus dibebaskan (selamat keluar) dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s. bersama pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat serta hujan.
  • Allah menjadikan Arasy, Luh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke langit.

SAFAR
  • Safar ertinya 'kosong atau kuning'. Dalam bulan ini lelaki Arab pada masa dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.
  • Berlakunya peperangan Khaibar pada tahun 1H.
  • Berlakunya peperangan Qainuqak pada tahun 3H.
  • Rasuluaalah s.a.w. mendapat kegeringan.
RABIULAWWAL
  • Rabi ertinya 'menetap', awwal ertinya 'pertama'. Dalam bulan ini semua lelaki sebelumnya
  • meninggalkan rumah kembali berada di rumah masing-masing.
  • Rasuluallah s.a.w. bersama dengan Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Hira ketika
  • mereka dikejar oleh kaum Quraisy pada 2,3 dan 4 hb.
  • Pembinaan masjid pertama di Quba iaitu tanggal 8 hb.
  • Tanggal 12 hb bersamaan 20 April 571M baginda Rasuluallah s.a.w. dilahirkan ke dunia.
RABIULAKHIR
  • Rabi ertinya 'menetap' akhir ertinya 'penghabisan'. Dalam bulan ini semua lelaki yang
  • sebelumnya meninggalkan rumah telah kembali ke rumah masing-masing.
  • Penyerahan kuasa pemerintahan dari Hassan b. Abi Thalib kepada Muawiyah.
  • Berlakunya peperangan Jamal (unta) iaitu peperangan saudara yang pertama dalam
  • lembaran sejarah Islam.
JAMADILAWWAL
  • Jamadilawwal ertinya 'kering atas beku yang pertama' . Dalam bulan ini orang Arab dahulu
  • mengalami kekeringan air atau musim kemarau.
  • Peperangan Bani Salim meletus di Bahran.
  • Saiyidina Ali r.a. lahir ke dunia tanggal 8hb.
JAMADILAKHIR

  • Jamadilakhir ertinya 'penghabisan musim kemarau' atau musim kemarau yang terakhir.
  • Saiyidina Umar r.a. dilantik menjadi Khalifah yang ke-2 pada 8 hb tahun 13H.
  • Kelahiran Fatimah bt Muhammad tanggal 20hb.
  • Khalifah Abu Bakar r.a. meninggal dunia tanggal 23hb tahun 13H.
  • Berlakunya pembunuhan ke atas Abdullah b. Zubair yang memerintah Kota Mekah
  • oleh tentera Hajjaj as Saqafi bagi khalifah Abu Malik b. Marwan.
REJAB
  • Rejab ertinya 'mulia'. Bangsa Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu:
  • Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai kurban.
  • Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam agar
  • dapat beribadat dengan sepuasnya.
  • Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih kurban tetapi tidak lagi anak unta.
  • (Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam).
  • Diharamkan berperang (setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan).


    0 comments:

    Post a Comment