PERISTIWA MENGIKUT HARI DAN BULAN DALAM KELENDER ISLAM

Dalam kalender Islam, nama hari-hari yang tujuh itu ialah seperti berikut:

  • Ahad ertinya satu.
  • Isnin ertinya dua.
  • Selasa ertinya tiga.
  • Arba' ertinya empat.
  • Khamis ertinya berhimpun.
  • Sabtu ertinya memotong.
Peristiwa yang berlaku pada hari-hari tersebut mengikut sejarah adalah seperti berikut:

AHAD
  • Allah menjadikan alam ini.
  • Allah menjadikan bintang-bintang.
  • Allah menjadikan api neraka.
  • Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
  • Allah menjadikan lautan.
  • Allah menjadikan tujuh anggota manusia.
ISNIN
  • Nabi Idris a.s. dinaikkan Allah ke langit.
  • Nabi Musa a.s. mengunjungi Bukit Tursina.
  • Bukti keEsaan Allah diturunkan.
  • Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.
  • Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Rasulullah s.a.w. wafat.
SELASA
  • Nabi Yahya dibunuh.
  • Nabi Zakaria dibunuh.
  • Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan oleh mukjizat Nabi Musa a.s.
  • Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
  • Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
  • Habil dibunuh oleh Qabil.
RABU
  • Qarun dan harta bendanya dibenam dalam bumi.
  • Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
  • Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
  • Umat Nabi Saleh a.s. dihancurkan dengan teriakan keras dari Malakait Jibarail a.s.
  • Umat Nabi hud a.s. dihancurkan dengan angin taufan yangkuat.
KHAMIS
  • Nabi Ibrahim a.s. memasuki Mesir.
  • Saudara Nabi Yusuf a.s. menemuinya semuala di Mesir setelah lama terpisah.
  • Nabi Yaacob a.s. bertemu dengan anaknya semula Nabi Yusof a.s. di Mesir.
  • Nabi Musa a.s. memasuki Mesir.
  • Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Kota Mekah.
JUMAAT
  • Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Siti Hawa.
  • Nabi Yusof a.s. berkahwin dengan Zulaikha.
  • Nabi Musa a.s. berkahwin dengan Siti Safura anak Nabi Syuib a.s.
  • Rasulullah s.a.w. berkahwin Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah.
  • Ali bin Abu Thalib r.a. berkahwin dengan Siti Fatimah.
SABTU
  • Nabi Nuh a.s. diperolok-olokkan oleh kaumnya.
  • Nabi Saleh a.s ditipu oleh umatnya.
  • Nabi Yusuf a.s. ditipu oleh saudar-saudaranya.
  • Nabi Musa a.s. ditindas oleh Firaun.
  • Nabi Isa a.s. diperdayakan oleh kaum Yahudi.
  • Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

    0 comments:

    Post a Comment