KEADILAN TERHADAP KAUM HAWA


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP WANITA

Menghayati peristiwa di Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah kenangkanlah, salah satu wasiat Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah Wida' kepada sekian umat Islam, iaitu agar mengawasi dan memelihara wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini ditujukan khusus kepada lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah. Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda Baginda yang bermaksud "Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah". (H.R. Muslim).

Pada asasnya, Allah menjadikan lelaki mempunyai kekuatan fizikal, berfikiran matang dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita yang diciptakan dengan sifat lemah lembut, pemalu serta lebih banyak dipengaruhi emosi. Justeru, lelaki diberikan tugasan memikul amanah "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah sudah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka."(Surah an-Nusa', ayat 34). Sebagai ketua dalam negara, suami kepada lelaki, bapa kepada anak sebagai pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada wanita. Justeru lelaki seharusnya memahami hak asasi kaum Hawa sekaligus membela nasib wanita apabila mereka teraniaya.

Sirah Rasullullah saw membuktikan bahawa Baginda adalah pembela wanita terulung. Baginda bukan saja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan Baginda berjaya membebaskan wanita daripada cengkaman adat Jahiliah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf yang paling mulia. Walaupun lslam mengangkat dan mengiktiraf kedudukan wanita namun masih ada sesetengah pihak yang memandang remeh akan hal ini dan menjadikan wanita mangsa diskriminasi. Pandangan wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri kadang-kadang tidak begitu diberi perhatian kerana khuatir hak atau kepentingan mereka terhakis.

Setiap keputusan, dasar, peraturan atau undang-undang yang hendak diperkenalkan lebih diasaskan kepada kefahaman dan kacamata lelaki tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa wanita. Jika keadaan ini berlaku, maka sudah tentu wanita terus teraniaya dan mereka tidak mendapat, pembelaan sewajarnya. Samada ada sedar atau tidak, sejak dulu lagi ada segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita dengan mengeksploitasi rupa paras untuk hiburan yang melalaikan dan melayan hawa nafsu semata-mata.

Disamping itu, ada juga segelintir wanita yang merelakan diri dieksploitasi dengan menjadi bahan iklan mengaibkan. Keadaan ini pula akan membuka peluang lelaki yang buas, mencemarkan dan meragut kehormatan seseorang wanita. Banyak kes jenayah kekeluargaan yang berlaku seperti penderaan, penceraian, pengabaian nafkah dan sebagainya. Bahkan lebih menakutkan lagi, begitu banyak kes sumbang mahram dilaporkan yang mana semua mangsa adalah wanita. Keadaan ini berlaku disebabkan lelaki tidak berilmu. Hati mereka jauh daripada mengingati Allah dan tidak ada kesedaran dalam memikul amanah, jenis manusia inilah yang menjadi perosak kepada wanita dan masyarakat akibatnya tenggelamlah rahmat dan barakah.

Punca permasalahan ini berlaku disebabkan pengabaian tugas dan tanggungjawab. Peranan lelaki, selain memelihara dan melindungi hak wanita, juga berkewajipan membimbing wanita yang lebih banyak dipengaruhi emosi dan tekanan perasaan. Dalam hadis ada menjelaskan mengenai kewajipan membimbing wanita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Sesungguhnya seorang wanita itu diutamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskan, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok." (Hadis riwayat Muslim).

Dalam mendidik wanita, tidak boleh dengan cara terlalu keras kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semula jadinya yang lemah lembut. Sebaik-baiknya, mereka perlu dididik dengan cara berkhikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pribahasa kita memperingatkan hakikat ini dengan ibarat:

a. Tarik rambut dalam tepong.

b. Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah dan tanah tempat memukulnya
tidak lekok.

c. Perempuan itu air, perempuan itu api, maknanya kita perlu banyak mempergunakan
nilai saikologi dan hikmat serta daya akal matang.

PERANAN BERLAKU ADIL DALAM KEHIDUPAN POLLIGAMI

Bayangkan dalam kehidupan berpolligami, Rasullullah saw merupakan contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan mestipun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih, sayang tidak boleh diberikan sama rata kerana ada di antara mereka yang masih muda dan cantik dan ada yang sudah berumur. Namun, sebagai suami, Baginda pandai memainkan peranan sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaan. Pernah berlaku pada suatu hari isteri Baginda datang menemui Aishah (yang mewakili mereka) terus bertanya " Wahai Rasulullah saw di antara isteri Rasulallah saw, yang manakah paling Rasulallah saw sayang?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab bahkan menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapan kemudian.

Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam dirumah isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya, sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar hati masing-masing untuk mengetahui siapakah antara mereka yang paling disayangi Rasulullah saw. Ada yang terasa pasti jawapannya ialah Aisyah kerana beliau yang memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaanya. Pernah berlaku pada suatu hari, isteri Baginda datang menemuinya Aishah yang mewakili mereka terus bertanya." Wahai Rasulullah saw, di antara isteri Rasulullah saw yang manakah paling Rasulullah saw sayang? Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab termuda diantara mereka, tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah Baginda pun berkata." Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin. " Maka tersenyum isteri Baginda kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu. Begitulah adil dan bijaksana Rasulullah saw bertindak selaku suami yang pandai menyelesaikan masalah rumahtangga dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri madu-madunya.

Malah, kalau direnung wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan mengenai pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka terhadap wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud." Takutlah pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada dalam peliharaan kamu. Kamu mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah." Wasiat terakhir ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw menekankan peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

PERANAN SEBAGAI SEORANG AYAH

Selaku seorang ayah, Rasulullah saw amat menyayangi anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab. Dalam hal ini, Aisyah menceritakan bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa."Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah berjalan. Lalu Rasulullah berkata kepadanya. " Selamat datang puteriku." Kemudian Baginda mendudukkan Fatimah disebelah kanan atau kiri Baginda."

Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap mesra dan hormoni sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai yang bermaksud " Setiapkali Fatimah datang menemui Rasulullah saw, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, mencium dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda. "

PERANAN SEBAGAI SEORANG DATUK

Sementara kecemerlangan Rasulullah saw sebagai datuk pula turut mencerminkan kelembutannya. Contoh kasih sayang Nabi Muhammad terhadap anak kecil (cucu Baginda) boleh dilihat daripada cara bagaimana Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangannya, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah dan Ali. Rasulullah saw bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua-kedua cucunya itu, malah apabila Baginda menghampirinya, Baginda terus mendukungnya.

****CONTOHI RASULULLAH DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN*********

    0 comments:

    Post a Comment