Sehari Khidmat Komuniti Ke Kuala Kangsar



Pada 18 Feb 2010 jam 4.00 pagi aku telah dikejutkan oleh isteriku kerana menunaikan pesananku. Sepantas kilat lalu ku terus bangun ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap, segak dengan pakaian korporat White Resort kebanggaanku. Tepat jam 4.30 pagi aku telah sampai ke Kem. Sesampainya aku disana keadaan sunyi sepi. Pelatih masih dibuai mimpi, ada yang berselimut, berseluar pendek saja dan macam-macam aksi yang dipertunjukkan. dari satu dorm Wira ke satu dorm Wira aku masuk meronda dan dicelah-celah itu ada lah beberapa pelatih yang telah bangun. Terpinga-pinga mencari air untuk mandi. Air dikolah tiada dibuka melambatkan persiapan dan keadaan menjadi kucar-kacir sedikit. Pada jam 5.30 pagi terlihat 2 kelibat Jurulatih membunyikan siren pada pembesar suara bagi mengarahkan pelatih cepat berkumpul di Dewan Rajawali. Selang beberapa jam Pelatih berkumpul dan diarahkan makan seterusnya berbaris menaiki bas yang disediakan sebanyak 5 buah di pintu pagar masuk Kem.

Tepat Jam 6.30 pagi bas bertolak diiringi dihadapan sekali sebuah kereta peronda diikuti sebuah ranger dan 5 buah bas seterusnya akhir sekali van yang aku naiki.Didalam rombongan lawatan ini disertai oleh KOM,TKL,Unit Disiplin, Jurulatih,Pemandu korakan dan pelatih seramai 200 orang. Tempat yang dilawati Dwi Citra (tempat pembuatan pasu sayong, galeri sultan Azlan Shah, Tekat dan pembuatan keris atau golok. Boleh dikatakan berbaloi lah dengan ilmu yang diperolehi memandangkan tempat pilihan menepati untuk pengetahuan kepada pelatih dan juga penyerta lain.

Tepat jam 2120 malam semua rombong selamat sampai ke Kem membawa kenang dan ilmu yang tidak ternilai. Syabas kepada TKL, KJ dan semua yang terlibat dalam secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

    0 comments:

    Post a Comment