Dikatakan dalam ucapan pujangga lslam di dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah:
a. Siapa yang mengetahui kebodohan dirinya, dia tidak akan mengurus kebodohan orang lain.
b. Siapa yang tidak memakai baju takwa dia tidak boleh menutupi dirinya dengan sesuatu apa pun.
c. Siapa yang reda dengan rezeki Allah, dia pun tidak akan bersedih atas apa yang ada di tangan orang lain.
d. Siapa yang menghunus pedang kezaliman, dia akan terpotong dengannya.
e. Siapa yang mengali lubang untuk menjurumuskan saudaranya, dia akan terjerumus di dalamnya.
f. Siapa yang menyingkap tabir orang lain, dia pun tersingkap auratnya.
g. Siapa yang melupakan kesalahan dirinya, dia akan menganggap besar kesalahan orang lain.
h. Siapa yang memaksa diri dalam pelbagai urusan, dia bakal binasa.
i. Siapa yang mencukupkan diri dengan akalnya sendiri, dia bakal tergelincir.
j. Siapa yang menyombong diri terhadap orang lain, dia akan menjadi terhina.
k. Siapa terlalu mendalami sesuatu perkerjaan, dia akan jemu.
l. Siapa yang membanggakan diri lain, dia akan menjadi rendah.
m. Siapa yang memperbodohkan orang, dia akan dimaki.
n. Siapa yang bergaul dengan orang jahat, dia akan menjadi hina.
o. Siapa yang mendampingi ulama, dia akan menjadi mulia.
p. Siapa yang memasuki tempat buruk, dia akan dituduh.
q. Siapa yang meremehkan agama, dia bakal terperosok.
r. Siapa yang merampas harta orang lain, dia akan menjadi miskin.
s. Siapa yang mengharapkan yang baik, dia akan bersabar.
t. Siapa yang tidak mengetahui tempat pijakan kakinya, dia bakal menyesal.
u. Siapa yang takut kepada Allah, dia akan beruntung.
v. Siapa yang tidak berpengalaman, dia akan mudah tertipu.
w. Siapa yang melawan orang benar, dia akan kalah.
x. Siapa yang menanggung apa yang tidak sanggup diperbuatnya, dia akan tidak berdaya.
y. Siapa yang mengetahui ajalnya, maka pendek harapannya.
undefined
undefined
UCAPAN PUJANGGA ISLAM
Posted by mihjnon Labels: ILMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment